ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN II
MUFTI DAN JAWATANKUASA SYARIAH



Seksyen 15. Lujnah Fatwa.

(1) Satu Jawatankuasa Syariah yang dikenali sebagai "Lujnah Fatwa" bagi Majlis hendaklah diadakan mengandungi Mufti sebagai Pengerusi dan tiada lebih daripada empat orang yang menjadi ahli Majlis yang berkelayakan dan berpatutan bagi mengeluarkan fatwa. Salah seorang daripada ahli Lujnah Fatwa itu hendaklah dilantik sebagai Pengerusi jika Mufti tidak hadir dalam mesyuarat.

(2) Semua ahli-ahli Lujnah Fatwa itu hendaklah dilantik oleh Majlis bagi tempoh yang ditentukannya.

(3) Maka cukuplah bilangan jika Pengerusi dan dua orang ahli-ahli Lujnah Fatwa yang lain hadir.

(4) Maka tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis Lujnah Fatwa berkuasa membuat peraturannya sendiri.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.