ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1996
BAHAGIAN V - NAZIR SEKOLAH ISLAM
Seksyen 17. Perlantikan Nazir Sekolah Islam
Majlis boleh melantik sekian bilangan Nazir Sekolah Islam yang diperlukan, yang tugasnya hendaklah termasuk
---
(a)
menjalankan dari semasa ke semasa pemeriksaan ke atas Sekolah Islam berhubungan dengan pengajaran kurikulum yang ditetapkan, penggunaan buku teks yang ditetapkan, guru yang diambil bekerja dan pematuhan yang wajar akan Enakmen ini dan kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya dan arahan Pendaftar, jika ada;
(b)
menjalankan penyiasatan ke atas mana-mana Sekolah Islam berhubungan dengan apa-apa perkara yang dibenarkan oleh Pendaftar;
(c)
memeriksa akaun Sekolah Islam; dan
(d)
melaporkan apa-apa perkara luar aturan dan membuat apa-apa cadangan yang perlu kepada Pendaftar.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.