ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN VIII - AM



Seksyen 119. Kelahiran selepas pengakuan bahawa idah telah tepat.


Jika seorang perempuan, yang tidak berkahwin semula, membuat satu pengakuan bahawa tempoh idahnya telah tepat samada idah itu adalah oleh sebab kematian suaminya atau perceraian dan perempuan itu kemudian melahirkan seorang anak, maka suami perempuan itu tidak boleh disifatkan sebagai bapa anak itu melainkan jika anak itu telah dilahirkan dalam jangka masa yang boleh diterima oleh Hukum Syarak dari tarikh perkahwinan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.