ENAKMEN 4 TAHUN 2006
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 2006

BAHAGIAN VI-KEWANGAN
Wakaf, Nazr dan Amanah



Seksyen 91. Sekatan bagi pewujudan amanah khairat

(1) Sama ada atau tidak dibuat secara wasiat atau alang semasa marad-al-maut, tiada wakaf atau nazr yang dibuat selepas seksyen ini mula berkuatkuasa dan melibatkan lebih daripada satu pertiga daripada harta orang yang membuatnya boleh menjadi sah berkenaan dengan bahagian yang melebihi satu pertiga itu.

(2) Tiap-tiap wakaf khas atau nazr yang dibuat selepas seksyen ini mula berkuatkuasa adalah batal dan tak sah melainkan jika-
(3) Seksyen ini tidaklah berkuatkuasa untuk menjadikan sah apa-apa wasiat, alang semasa marad-al-maut atau nazr yang tak sah di bawah peruntukan-peruntukan Hukum Syarak.

(4) Apa-apa wakaf atau nazr yang sah menurut Enakmen terdahulu hendaklah terus sah bagi maksud Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.