ENAKMEN 11 TAHUN 1988
ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA BUKAN ISLAM 1988

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran.

(1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

"Bahan publisiti", dalam hubungan kepada mana-mana terbitan, ertinya mana-mana bahan, termasuklah apa-apa gambar, gambar foto, poster, perawakan, surat sebaran, slide, iklan surat khabar dan mana-mana bentuk iklan, yang bertujuan untuk memberi publisiti penerbitan tersebut;

"Filem" termasuklah apa-apa-

"Negeri" ertinya Negeri Kedah Darulaman;

"Pegawai bertauliah" ertinya pegawai awam yang bertauliah di bawah seksyen 10 supaya menjalankan kuasa-kuasa pegawai bertauliah di bawah Enakmen ini;

"Rakaman audio" ertinya apa-apa bahan, termasuk piring hitam-piring hitam, pita-pita dan disk laser-disk laser yang mana merakamkan rakaman suara manusia;

"Terbitan" ertinya apa-apa buku, majalah, pamphlet, risalah atau apa-apa bahan bacaan lain, sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain dan apa-apa bentuk keluarannya dan termasuklah apa-apa filem atau rakaman audio;

"Agama bukan Islam" ertinya Kristian, Hindu, Budha, Sikh, Yahudi, atau cabang mana-mana agama tersebut dan termasuklah Qadiani dan Bahai atau apa-apa pegangan, kult, mazhab, ideologi, falsafah, atau apa-apa sistem amalan atau penunian, yang mana salah satu daripada sifat-sifatnya ialah penyembahan sesuatu wujudan atau kuasa spiritual atau sakti, sama ada benar-benar ada atau disangka ada, atau yang mengakui bahawa tujuannya atau salah satu daripada tujuan-tujuannya ialah pencapaian kebijaksanaan spiritual, keselamatan spiritual, iaitu suatu pegangan, kult, mazhab, ideologi, falsafah, atau sistem amalan atau penunian yang tidak diakui oleh agama Islam sebagai berunsur Islam;

(2) Bagi maksud-maksud Enakmen ini, sesuatu terbitan hendaklah dianggap sebagai terbitan mengenai agama bukan Islam jika-

sebuah buku atau teks, atau mana-mana bahagian dari sebuah buku atau teks, di mana kepada penganut-penganut atau anggota-anggota agama itu sebagai buku suci atau buku asas, atau daripada teks-teks penting, agama itu, atau jika pada intipatinya ia adalah suatu terbitan yang-
(3) Walaupun sesuatu terbitan adalah terbitan mengenai agama bukan Islam dengan sebab ia termasuk di bawah perenggan (i), (ii) atau (iii) seksyen-kecil (2), ia tidaklah menjadi perkara sesuatu kesalahan di bawah Enakmen ini jika terbitan pada keseluruhannya adalah untuk kepentingan atau bagi faedah agama Islam atau kepentingan atau faedah umat Islam sebagai umat Islam.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.