ENAKMEN 8 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN V - HADHANAH ATAU PENJAGAAN KANAK-KANAK



Seksyen 79. Kuasa ke atas harta takalih dan harta alih.

(1) Seseorang penjaga tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk menjual harta takalih kanak-kanak itu, kecuali dengan kebenaran Mahkamah dalam hal-hal yang berikut-

(2) Seseorang penjaga adalah mempunyai kuasa untuk menjual atau mencagar harta alih kanak-kanak itu untuk keperluan-keperluan yang mustahak, seperti makanan, pakaian, dan asuhan, dan jika harta alih seseorang kanak-kanak adalah dijual dengan suci hati dengan tujuan untuk melaburkan hasilnya bagi memperolehi pendapatan tambahan, maka penjualan harta itu hendaklah disifatkan sah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.