ENAKMEN 8 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1989

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
Bab VI - BEBAN MEMBUKTI



Seksyen 82. Mahkamah boleh menganggap sesuatu nyataan sebagai ada.

Mahkamah bolehlah menganggap sebagai ada apa-apa nyataan yang difikirkannya mungkin telah berlaku, setelah menimbangkan peristiwa-peristiwa tabii yang biasanya berlaku, kelakuan manusia, dan urusan awam dan peribadi dalam perhubungannya dengan nyataan-nyataan bagi sesuatu hal yang tertentu.

Huraian 1
-

Perjalanan kehakiman dan pentadbiran telah dilaksanakan mengikut peraturan.

Huraian 2
-

Perjalanan biasa di dalam sesuatu urusan telah dibukti.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.