ORDINAN 41 TAHUN 2001
ORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa.

(1) Ordinan ini bolehlah dinamakan Ordinan Majlis Islam Sarawak, 2001.

(2) Ordinan ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertua Negeri melalui pemberitahuan dalam Warta.

(3) Yang di-Pertua Negeri boleh menetapkan tarikh-tarikh yang berlainan bagi mula berkuatkuasanya peruntukan-peruntukan yang berlainan dalam Ordinan ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.