ENAKMEN 3 TAHUN 2002
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM (MELAKA) 2002

BAHAGIAN III - PENDAFTARAN SEKOLAH AGAMA



Seksyen 7. Pendaftaran.

(1) Apabila diterima permohonan berserta dengan dokumen dan maklumat yang dikehendaki di bawah seksyen 6, jika ada, Pendaftar hendaklah, selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu,menimbang permohonan itu sama ada hendak meluluskan atau menolak permohonan itu.

(2) Dalam memutuskan sama ada hendak memberikan kelulusan untuk mendaftarkan sesuatu sekolah agama atau tidak, Pendaftar hendaklah menimbangkan perkara yang berikut:
(3) Pendaftar boleh enggan mendaftarkan sesuatu sekolah agama jika dia berpuas hati bahawa —
(4) Jika Pendaftar meluluskan sesuatu permohonan di bawah subseksyen (1), dia hendaklah dengan segera mendaftarkan sekolah agama dan surat cara pengurusan sekolah itu dan mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran kepada pengerusi Jemaah atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab tentang pengurusan sekolah agama itu.

(5) Pengerusi Jemaah atau mana-mana orang yang bertanggungjawab tentang pengurusan sekolah agama itu hendaklah menyebabkan suatu salinan perakuan pendaftaran itu dipamerkan di bahagian yang mudah dilihat di premis sekolah agama itu.

(6) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan.

(7) Pendaftar boleh mengenakan —
(8) Jika Pendaftar menolak permohonan di bawah subseksyen (1), dia hendaklah dengan segera memberitahu pemohon secara bertulis mengenai penolakannya itu dengan menyatakan alasan penolakannya dalam notis itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.