ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN VII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 100. Kesalahan-kesalahan berhubung dengan akadnikah perkahwinan.


(1) Seseorang yang dengan sengaja mengakadnikahkan atau berbuat sesuatu yang berupa sebagai mengakadnikahkan atau menjalankan upacara sesuatu perkahwinan.


(2) Seseorang yang berkahwin atau berbuat sesuatu yang berupa sebagai akadnikah atau yang menjalani sesuatu upacara akadnikah dengan sesiapa jua, berlawanan dengan mana-mana peruntukan Bahagian III daripada Enakmen ini adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.