ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN VI - PROSIDING KHAS
BAB XXI - PROSIDING DALAM KES-KES KESALAHAN TERTENTU YANG MENYENTUH PENTADBIRAN KEADILAN



Seksyen 175. Keengganan memberi keterangan.

Jika mana-mana saksi di hadapan Mahkamah Syariah enggan memberi keterangan atau menjawab apa-apa soalan yang dikemukakan kepadanya atau enggan mengemukakan apa-apa dokumen dalam milikan atau kuasanya yang dikehendaki oleh Mahkamah supaya dikemukakan olehnya, dan tidak memberi apa-apa sebab yang munasabah bagi keengganan itu, Mahkamah itu boleh, atas sebab-sebab yang hendaklah direkodkan secara bertulis menghukumnya dengan pemenjaraan selama apa-apa tempoh yang tidak melebihi tujuh hari, melainkan jika dalam masa itu orang itu bersetuju untuk memberi keterangan atau diperiksa dan menjawab soalan atau mengemukakan dokumen itu. Sekiranya dia terus enggan, dia boleh diperlakukan mengikut peruntukan seksyen 171 atau seksyen 173 walau apa pun hukuman yang mungkin telah dijalankan olehnya di bawah seksyen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.