ENAKMEN 15 TAHUN 1992
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1992

BAHAGIAN X - AM



Seksyen 153. Kuasa membuat kaedah-kaedah.

(1) Yang di-Pertua Negeri atas nasihat Majlis boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, membuat kaedah-kaedah untuk mengawal-selia amalan dan acara dalam semua perbicaraan hal ehwal suami isteri di bawah Enakmen ini mengikut sebagaimana yang difikirkannya bermanfaat dan kaedah-kaedah untuk menetap dan mengawal fee dan kos yang kena dibayar dalam semua prosiding itu, tertakluk kepadanya itu, semua prosiding di bawah Enakmen ini hendaklah dikawal oleh Enakmen Mahkamah Syariah 1992, setakat mana amalan dan acara itu tidak berlawanan dengan Enakmen ini.

(2) Mengenai perkara amalan dan acara dalam perbicaraan hal ehwal suami isteri yang tidak diperuntukkan dengan nyata dalam Enakmen ini atau dalam mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Enakmen ini atau dalam Enakmen Mahkamah Syariah 1992, Mahkamah boleh memakai apa-apa amalan dan acara yang difikirkannya wajar bagi mengelakkan ketidakadilan dan bagi menyelesaikan perkara-perkara yang dipersoalkan antara pihak-pihak.

(3) Yang di-Pertua Negeri, atas nasihat Majlis boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, membuat kaedah-kaedah bagi maksud Enakmen ini dan, tanpa menyentuh keluasan yang tersebut itu, kaedah-kaedah itu boleh mengadakan peruntukan-peruntukan bagi-





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.