ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991
BAHAGIAN VIII - SURAT GUAMAN ( PLIDING )
Seksyen 54. Bentuk pembelaan.
Tiap-tiap pembelaan hendaklah-
(
a
) sama ada mengaku atau mempertikai tiap-tiap tohmahan matan mengenai perkara dalam penyata tuntutan. Penafian hendaklah tepat dan menjawab perkara matan;
(
b
) menyatakan dengan padat apa-apa fakta baru yang digunakan oleh defendan melalui pembelaan atau peringanan gantirugi;
(
c
) membangkitkan dengan padat dan tanpa berhujah mana-mana perkara undang-undang yang perlu; dan
(
d
) ditandatangani oleh defendan atau Peguam Syarienya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.