ENAKMEN 8 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1989

BAHAGIAN I - PERKAITAN
Bab I - PERMULAAN



Seksyen 3. Tafsiran.

Dalam Enakmen ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang berlainan :

"Al-Bayyinah" ertinya keterangan yang jelas, terang, nyata dan kuat;

"dibuktikan" sesuatu nyataan adalah "dibuktikan" apabila setelah menimbangkan perkara-perkara dihadapannya, Mahkamah percaya nyataan itu wujud atau berpendapat wujudnya nyataan itu adalah sebegitu mungkin bahawa seseorang yang waras, dalam hal keadaan yang berkenaan itu seharusnya bertindak atas anggapan bahawa nyataan itu adalah wujud;

"Hukum Syarak" ertinya Undang-undang Islam dalam mana-mana Mazhab yang sah;

"Keterangan" adalah termasuk-
"Mahkamah" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya di bawah seksyen 2 Enakmen Mahkamah Syariah 1983;

"Mahkamah Sibil" ertinya mana-mana Mahkamah selain daripada Mahkamah yang ditubuhkan di bawah Enakmen Mahkamah Syariah 1983;

"Nyataan" ertinya dan termasuklah-
MISALAN-MISALAN
"Nyataan yang menjadi soal" ertinya mana-mana nyataan dari mana semestinya berikut sama ada dengan sendirinya atau berhubung dengan lain-lain nyataan, wujudnya, tidak wujudnya, jenis atau luasnya apa-apa hak, tanggungan atau kelemahan yang ditegaskan atau dinafikan dalam sesuatu guaman atau pembicaraan:

MISALAN
MISALAN-MISALAN
"tidak dibuktikan" sesuatu nyataan adalah dikatakan "tidak dibuktikan" apabila nyataan itu tidak "dibuktikan" atau tidak "dibuktikan sebaliknya" mengikut Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.