ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 91. Pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula.

(1) Pemeriksaan seseorang saksi oleh pihak yang memanggilnya hendaklah disebut pemeriksaan utamanya.

(2) Pemeriksaan seseorang saksi oleh pihak lawan hendaklah disebut pemeriksaan balasnya.

(3) Jika seseorang saksi telah diperiksa balas dan kemudiannya diperiksa oleh pihak yang telah memanggilnya, maka pemeriksaan itu adalah disebut pemeriksaan semulanya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.