ENAKMEN 3 TAHUN 2002
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM (MELAKA) 2002

BAHAGIAN VII - PELBAGAI



Seksyen 34. Permulaan pendakwaan.

(1) Tiada pendakwaan bagi atau berhubung dengan apa-apa kesalahan di bawah Enakmen ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan kebenaran bertulis Pengarah.

(2) Pendaftar, Timbalan Pendaftar atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengarah boleh menjalankan apa-apa pendakwaan di bawah Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.