ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB IX - PERTUDUHAN



Seksyen 76. Bentuk pertuduhan.

(1) Tiap-tiap pertuduhan di bawah Enakmen ini hendaklah menyatakan kesalahan orang yang dituduh itu dipertuduhkan.

(2) Jika undang-undang yang mewujudkan kesalahan itu memberi nama khusus kepadanya, kesalahan itu boleh dinyatakan dalam pertuduhan itu dengan nama itu sahaja.

(3) Jika undang-undang yang mewujudkan kesalahan itu tidak menyatakan nama khusus, takrif kesalahan itu hendaklah dinyatakan setakat mana yang perlu supaya orang yang dituduh itu mengetahui perkara yang ia dipertuduhkan.

(4) Undang-undang dan seksyen undang-undang tentang kesalahan yang dituduh dilakukan itu hendaklah disebutkan dalam pertuduhan itu.

(5) Kenyataan bahawa pertuduhan itu dibuat adalah bersamaan dengan suatu kenyataan bahawa tiap-tiap syarat yang dikehendaki oleh undang-undang bagi mewujudkan kesalahan yang dituduh itu telah dipenuhi dalam kes tertentu itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.