ENAKMEN 2 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERlKSAAN SAKSI



Seksyen 104. Soalan lucah atau yang membawa aib.

Mahkamah boleh melarang apa-apa soalan atau pertanyaan yang disifatkannya sebagai lucah atau yang membawa aib, walaupun soalan-soalan itu mungkin ada kena mengena dengan soalan-soalan yang ada di hadapan Mahkamah, melainkan jika soalan atau pertanyaan itu berhubung dengan nyataan-nyataan yang menjadi soal atau dengan perkara-perkara yang perlu diketahui untuk menentukan adanya atau tidak nyataan-nyataan yang menjadi soal itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.