ENAKMEN 4 TAHUN 1999
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1999

BAHAGIAN III - CARA MEMULAKAN PROSIDING MAL
BAB 3 PERMOHONAN



Seksyen 13. Bentuk permohonan.

(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini, tiap-tiap permohonan hendaklah dibuat melalui notis dalam Borang MS 3 dan disokong dengan afidavit yang diangkat sumpah diikrarkan mengikut Enakmen ini.

(2) Tiap-tiap permohonan hendaklah menyatakan dengan sepenuhnya jenis perintah yang dipohon dan mengandungi fakta yang cukup terperinci untuk menyokong permohonan itu, dan melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya, hendaklah disampaikan kepada semua pihak dan orang yang berkepentingan di dalamnya.

(3) Dalam sesuatu permohonan, penentang hendaklah disebut sebagai responden.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.