ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004
BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN 'ADAT MELAYU PERAK
Seksyen 10. Kuasa untuk meminjam.
(1) Majlis boleh, dengan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dan tertakluk kepada perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan, meminjam apa-apa jumlah wang yang mungkin diperlukannya untuk menunaikan mana-mana fungsinya di bawah Enakmen ini.
(2) Jumlah wang yang dipinjam menurut kuasa subseksyen (1) hendaklah dibayar ke dalam Baitumal.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.