ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN III - PERKAHWINAN DAN PENDAFTARAN



Seksyen 20. Akadnikah di Kedutaan-kedutaan Malaysia dan sebagainya di luar Malaysia.


(1) Perkahwinan boleh diakadnikahkan mengikut Hukum Syarak oleh Pendaftar yang dilantik di bawah seksyen-kecil (4) seksyen 6 daripada Enakmen ini di Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi atau Pejabat Konsul Malaysia di mana-mana Negara yang telah tidak memberitahu Kerajaan Malaysia tentang bantahannya terhadap pengakadnikahan perkahwinan di Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi atau Pejabat Konsul itu:

Dengan syarat bahawa Pendaftar hendaklah berpuashati-


(2) Acara bagi adadnikah dan pendaftaran perkahwinan di bawah seksyen ini, adalah serupa dalam serba perkara dengan yang dipakai bagi perkahwinan yang diakadnikahkan dan didaftarkan dalam negeri ini dibawah Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.