ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR MAL SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN XVII - PERBICARAAN



Seksyen 119. Ekshibit.

(1) Dokumen yang dikemukakan sebagai keterangan dan diterima hendaklah ditanda dan melainkan Mahkamah memerintah sebaliknya, dokumen itu atau salinannya hendaklah disimpan dalam Mahkamah sepanjang prosiding itu dan sehingga tempoh untuk rayuan telah luput.

(2) Dokumen yang dikemukakan sebagai keterangan tetapi telah ditolak hendaklah juga ditanda.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.