ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB IX
Darihal Pertuduhan



Seksyen 86. Menggantung prosiding jika pendakwaan terhadap kesalahan yang diubah memerlukan izin dahulu.

Jika kesalahan yang dinyatakan dalam pertuduhan yang baru atau diubah atau yang ditambah itu adalah suatu pendakwaan yang memerlukan izin diperolehi terlebih dahulu daripada Ketua Pendakwa Syarie, kes itu tidaklah boleh diteruskan prosiding sehingga diperolehi izin itu, kecuali dan melainkan keizinan untuk pendakwaan itu telah diperolehi atas keterangan yang sama dengan asas pertuduhan yang baru atau yang dipinda itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.