ENAKMEN 2 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN I - PERKAITAN
BAB 2 - QARINAH



Seksyen 9. Nyataan yang perlu menghuraikan atau mengemukakan nyataan yang berkaitan.

Nyataan yang perlu untuk menghuraikan atau mengemukakan sesuatu nyataan yang menjadi soal atau nyataan yang berkaitan, atau yang menyokong atau mematahkan sesuatu fahaman yang dibayangkan oleh sesuatu nyataan yang menjadi soal atau nyataan yang berkaitan atau yang menentukan pengenalan sesuatu atau seseorang yang pengenalannya ada kaitan atau yang menetapkan masa atau tempat di mana sesuatu nyataan yang menjadi soal atau nyataan yang berkaitan telah berlaku, atau yang menunjukkan hubungan pihak yang olehnya sesuatu nyataan itu adalah qarinah setakat mana nyataan itu perlu bagi maksud itu.

MISALAN





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.