ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB IX
Darihal Pertuduhan



Seksyen 87. Memanggil balik saksi apabila pertuduhan itu diubah.

Apabila sesuatu pertuduhan telah diubah atau ditambah oleh Mahkamah selepas daripada bermulanya perbicaraan itu, Pendakwa dan orang yang dituduh hendaklah dibenarkan memanggil semula atau menyaman balik dan memeriksa mana-mana jua saksi yang telah diperiksa dan boleh jua membawa mana-mana keterangan mustahak selanjutnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.