ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB IX
Darihal Pertuduhan



Seksyen 94. Bila kesalahan dibuktikan dimasukkan di dalam kesalahan yang dipertuduhkan.

Apabila seseorang dipertuduhkan dengan sesuatu kesalahan yang mengandungi beberapa butiran, di mana satu percampuran daripada beberapa butiran sahaja menjadikan satu kesalahan yang kecil, dan percampuran itu dibuktikan tetapi butir-butir yang tertinggal itu tidak dapat dibuktikan dia boleh disabitkan atas kesalahan yang kecil itu walaupun dia tidak dipertuduhkan atas kesalahan itu.

(2) Apabila seseorang dipertuduhkan dengan suatu kesalahan dan keterangan yang dibuktikan cuma menunjukkan kesalahan kecil sahaja yang dibuktikan, dia bolehlah disabitkan atas kesalahan yang kecil itu walaupun dia tidak dipertuduhkan atas kesalahan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.