ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN VIII - PENYAMPAIAN DI LUAR BIDANG KUASA



Seksyen 53. Penyampaian di Negeri lain dalam Persekutuan.

(1) Mana-mana proses Mahkamah untuk disampaikan di dalam negeri-negeri lain dalam Malaysia bolehlah dihantar oleh Mahkamah kepada Qadhi Besar, Qadhi, Pendaftar atau mana-mana pegawai Mahkamah yang mempunyai bidangkuasa dalam kawasan tempatan di mana orang yang hendak disampaikan proses Mahkamah itu berada atau menjalankan urusannya.

(2) Dokumen untuk disampaikan itu boleh dihantar melalui pos atau sebaliknya dengan permohonan bertulis untuk penyampaian di tandatangani oleh Mahkamah atau Pendaftar.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.