ORDINAN 47 TAHUN 2001
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH, 2001

BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN
BAB 2 - KETERANGAN LISAN



Seksyen 47. Keterangan lisan mestilah secara terbuka.

(1) Keterangan lisan mestilah dalam segala hal apa pun diberi secara langsung, iaitu:

(2) Pendapat pakar yang dinyatakan dalam treatis yang biasanya ditawarkan untuk jualan dan alasan yang berasaskannya pendapat itu dipegang bolehlah dibuktikan dengan mengemukakan treatis itu.

(3) Jika keterangan lisan merujuk kepada kewujudan atau keadaan apa-apa benda material, termasuk sesuatu dokumen, maka Mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, menghendaki supaya benda material atau dokumen itu dikemukakan untuk pemeriksaannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.