ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 7 - Saksi



Seksyen 88. Keterangan seorang saksi dan sumpah.

Keterangan seorang saksi sahaja bagi pihak yang menuntut adalah layak diterima di dalam kes mal dengan syarat dibuat bersama-sama dengan sumpah oleh pihak yang menuntut.

Huraian
- Pihak yang menuntut yang membuat tuntutan hutang ke atas seorang lain dan hanya ada seorang saksi sahaja menyokong, tuntutannya itu boleh diterima dengan saksi itu bersama dengan sumpah pihak yang menuntut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.