ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN VIII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 167. Ajaran salah.

Barangsiapa mengajar atau menghuraikan kepada sesiapa di mana-mana sahaja akan sesuatu ajaran atau menjalankan sesuatu istiadat atau sesuatu perbuatan yang bertentangan dengan Hukum Syarak adalah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya sekali dan segala dokumen bertulis ajaran salah itu hendaklah dirampas dan dimusnahkan atau sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.