ORDINAN 41 TAHUN 2001
ORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001

BAHAGIAN XI - PEMANSUHAN, PERKECUALIAN DAN PERUNTUKAN PERALIHAN



Seksyen 83. Pemansuhan, perkecualian dan peruntukan peralihan.

(1) Ordinan Majlis Islam (Pemerbadanan) [Bab 105 (Cetakan 1972)] adalah dengan ini dimansuhkan.

(2) Semua kaedah, perisytiharan, perintah, pemberitahuan, notis, borang, surat kebenaran dan pelantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah Ordinan dimansuhkan hendakIah disifatkan telah dibuat di bawah Ordinan ini dan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga peruntukan-peruntukan lain yang berhubungan dengannya dikeluarkan atau dibuat di bawah Ordinan ini, setakat yang tidak bertentangan dengan Ordinan ini, sehingga ia dibatalkan atau digantikan oleh kaedah-kaedah, perisytiharan, perintah, pemberitahuan, notis, borang, surat kebenaran dan pelantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah Ordinan ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.