ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB IX - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 82. Bila perbicaraan boleh diteruskan serta-merta selepas pengubahan atau penambahan.

Jika sesuatu pertuduhan telah dirangka atau pengubahan atau penambahan dibuat di bawah mana-mana satu daripada dua seksyen yang terakhir sebelum ini, Mahkamah hendaklah dengan segera memanggil tertuduh untuk membuat akuan kepadanya dan menyatakan sama ada dia bersedia untuk dibicarakan atas pertuduhan itu atau atas pertuduhan yang diubah atau ditambah itu. Jika tertuduh itu menyatakan dia belum bersedia, Mahkamah hendaklah menimbangkan dengan sewajarnya sebab-sebab yang dia berikan dan jika Mahkamah berpendapat bahawa sekiranya perbicaraan diteruskan dengan serta-merta ia tidak berkemungkinan memudaratkan tertuduh itu dalam pembelaannya atau pendakwa dalam menjalankan kes itu, Mahkamah boleh, menurut budi bicaranya, selepas pertuduhan tersebut atau pengubahan atau penambahan itu dirangka atau dibuat, meneruskan perbicaraan itu seolah-olah pertuduhan baru atau pertuduhan yang diubah atau ditambah itu adalah pertuduhan asal.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.