ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991
BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB X
Darihal perbicaraan
Seksyen 98. Ucapan-ucapan.
Dalam perbicaraan di bawah Bab ini-
(
a
) pegawai yang menjalankan pendakwaan itu tidaklah payah membuka kes tetapi bolehlah terus mengemukakan keterangannya;
(
b
) apabila tertuduh itu dipanggil untuk membuat pembelaannya , maka dia sendiri atau wakilnya, sebelum mengemukakan keterangannya, boleh menyatakan fakta kes, bukti-buktinya atau undang-undang yang dia berhasrat untuk digunakan dan memberi ulasan-ulasan yang difikirkan perlu di atas keterangan pendakwaan itu, sebagaimana yang difikirkan perlu di atas keterangan pendakwaan itu dan jika orang yang dituduh itu memberi keterangan atau saksi-saksi diperiksa bagi pihaknya, maka dia bolehlah mengulung kesnya;
(
c
) pegawai yang menjalankan pendakwaan itu adalah berhak menjawab balas ke atas keseluruhan kes itu apabila orang yang dituduh itu telah mengemukakan keterangannya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.