ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 9 - PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNGAN DENGAN TESTIMONI SAKSI



Seksyen 121. Pemeriksaan rahsia.

(1) Suatu pemeriksaan rahsia hendaklah dijalankan melalui suatu surat rahsia yang mana seorang Hakim hendaklah menulis nama defendan atau tertuduh dan hal perkara, tuntutan atau pertuduhan, mengikut mana yang berkenaan, nama saksi, pengenalannya, pekerjaannya dan tempat tinggalnya.

(2) Surat rahsia itu hendaklah dimasukkan ke dalam sampul termeterai dan diserahkan oleh Mahkamah kepada orang yang dilantik sebagai pemeriksa rahsia itu.

(3) Apabila menerima surat rahsia itu dan selepas membaca kandungannya, pemeriksa rahsia itu hendaklah menulis di bawah nama saksi yang dinyatakan dalam surat itu perkataan "adil" atau perkataan-perkataan "tidak adil" (jurh), mengikut penilaiannya, dan hendaklah dengan serta-merta mengembalikan surat itu kepada Hakim.

(4) Jika surat rahsia itu dikembalikan kepada Hakim dengan perkataan-perkataan "tidak adil" atau "wallahu a' alam" atau apa-apa perkataan lain yang bermaksud sedemikian, atau jika tiada apa-apa tertulis padanya, Hakim tidak boleh menerima keterangan saksi itu dan boleh meminta seorang saksi lain dikemukakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.