ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVII - MENGENAI RAYUAN-RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 141. Prosedur untuk rayuan.


(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen-seksyen 139 dan 140, mana-mana orang yang tidak berpuashati dengan apa-apa keputusan, hukuman atau perintah yang telah dijatuhkan oleh mana-mana Mahkamah Qadhi di dalam satu kes jenayah atau perkara yang mana dia adalah satu pihak, bolehlah membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah terhadap keputusan, hukuman atau perintah berkenaan atas apa-apa kekhilafan undang-undang atau fakta atau atas dasar hukuman yang berlebihan atau apa-apa hukuman yang dikatakan tidak memadai dengan memasukkan rayuan itu dalam tempoh empat belas hari daripada tarikh keputusan, hukuman atau perintah berkanun dikeluarkan atau di buat, dengan memberi notis rayuan dalam tiga salinan kepada Kerani Mahkamah Qadhi berkanun dialamatkan kepada Mahkamah Rayuan Syariah dan pada masa itu membayar bayaran rayuan yang ditetapkan jika ada.

(2) Tiap-tiap notis rayuan hendaklah mengandungi satu alamat di mana notis-notis atau dokumen-dokumen berhubungan dengan rayuan boleh disimpan kepada pihak mereka atau peguamnya.

(3) Ambil satu notis rayuan telah dibuat maka Mahkamah yang ditujukan rayuan itu hendaklah membuat satu salinan alasan keputusan yang bertandatangan di dalam kes itu dan mengepilkannya kepada pihak perayu atau peguamnya dengan meninggalkan salinan itu di alamat yang disebutkan di dalam notis rayuan atau mengeposkan dengan Pusat Daftar ke alamat pihak mereka yang diberi.

(4) Dalam tempoh empat belas hari selepas salinan alasan-alasan keputusan telah disampaikan seperti yang diperuntukkan di dalam seksyen-kecil terdahulu, pihak mereka hendaklah memasukkan satu petision rayuan kepada Kerani Mahkamah Qadhi di mana pembicaraan itu diadakan dalam tiga salinan dialamatkan kepada Mahkamah Rayuan Syariah.

(5) Jika pihak merayu di dalam tempoh yang diperuntukan di dalam seksyen-kecil (1) membuat notis rayuan memohon satu salinan nota-nota keterangan yang direkodkan oleh Qadhi semasa pembicaraan dia hendaklah memasukkan petision rayuannya seperti yang diperuntukkan di dalam-kecil (4).



(6) Tiap-tiap petision rayuan hendaklah menyatakan dengan ringkas isi keputusan yang dirayu, dan hendaklah mengandungi butir-butir yang jelas mengenai undang-undang atau fakta-fakta mengenainya rayuan terhadap hukuman Mahkamah dikatakan telah silap.

(7) (a) Jikalau pihak merayu berada di dalam penjara dia hendaklah dianggap telah memenuhi keperluan-keperluan seksyen ini jika dia memberi kepada Pegawai Penjara yang bertugas notis rayuan samada secara lisan atau tulisan dan butir-butir yang perlu dimasukkan di dalam permohonan rayuan dalam tempoh yang ditetapkan oleh seksyen ini dan membayar bayaran rayuan yang ditetapkan.


(8) Di dalam kes rayuan oleh pendakwa bayaran tidaklah perlu dibayar.

(9) Jika sesuatu petision rayuan tidak dibuat di dalam tempoh yang ditetapkan oleh seksyen ini, rayuan itu hendaklah disifatkan telah ditolak dan Mahkamah yang menjalankan pembicaraan hendaklah menguatkuasakan hukuman atau perintahnya jika perlaksanaan mana-mana hukuman atau perintah telah dibenarkan, tetapi tiada apa-apa yang terkandung di dalam seksyen ini boleh mengadkan atau menyata kuasa-kuasa yang diberikan kepada Mahkamah Rayuan Syariah oleh Seksyen 143.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.