ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN III - PENYIASATAN KESALAHAN
BAB VI - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA MENYIASAT



Seksyen 61. Penggeledahan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama.

(1) Apabila seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama membuat sesuatu penyiasatan mengenai apa-apa kesalahan yang dia diberikuasa untuk menyiasatnya dia boleh jika difikirkannya perlu bagi tujuan menjalankan penyiasatan itu menggeledah atau menyebabkan penggeledahan dibuat untuk mencari dokumen atau benda lain di mana-mana tempat.

(2) Peruntukan-peruntukan Kanun ini mengenai waran geledah hendaklah, setakat mana yang boleh, terpakai bagi penggeledahan yang dibuat di bawah seksyen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.