ENAKMEN 9 TAHUN 1991
KAWALAN DAN SEKATAN (PENGEMBANGAN AGAMA-AGAMA BUKAN ISLAM DI KALANGAN ORANG ISLAM) (NEGERI SEMBILAN) 1991


Mukadimah.
SEBAGAI TANDA PERSETUJUAN DAN
KEBENARAN KAMI DAN UNDANGAN YANG
EMPAT SERTA TUNKU BESAR TAMPIN.

(MOHOR KERAJAAN)
TUANKU JA'AFAR,
Yang di-Pertuan Besar,
Negeri Sembilan

11hb Februari 1992

Suatu Enakmen untuk mengawal dan menyekat pengembangan iktikad dan kepercayaan-kepercayaan agama bukan Islam di kalangan orang-orang yang menganuti agama Islam.

[ ]

BAHAWASANYA Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa, undang-undang Negeri boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganut agama Islam;

DAN BAHAWASANYA adalah sekarang dikehendaki supaya diperbuat suatu undang-undang untuk mengawal dan menyekat pengembangan iktikad dan kepercayaan-kepercayaan agama bukan Islam di kalangan orang-orang yang menganuti agama Islam;

OLEH YANG DEMIKIAN, menurut Perkara 11 (4) perlembagaan Persekutuan MAKA INILAH DIKANUNKAN UNDANG-UNDANG oleh Yang Maha Mulia dan Undang Yang Empat serta Tunku Besar Tampin dengan nasihat dan persetujuan Dewan Undangan Negeri seperti berikut:




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.