ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN MURAJA'AH
BAB XVII - RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 163. Rujukan kepada Mahkamah Rayuan Syariah atas rayuan dari Mahkamah Rendah Syariah.

(1) Jika sesuatu rayuan daripada keputusan Mahkamah Rendah Syariah di dalam perkara jenayah telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah boleh, di atas permohonan daripada mana-mana pihak, membenarkan permohonan untuk menentukan apa-apa persoalan undang-undang yang mempunyai kepentingan awam yang timbul semasa rayuan dan yang mana penentuan oleh Mahkamah Tinggi Syariah telah memberi kesan kepada perjalanan rayuan tersebut.

(2) Sesuatu permohonan kebenaran di bawah seksyen ini hendaklah dibuat dalam masa satu bulan atau suatu masa yang lebih panjang yang dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan Syariah dari tarikh penentuan rayuan yang berkaitan.

(3) Jika kebenaran telah diberikan oleh Mahkamah Rayuan Syariah di bawah seksyen ini, Mahkamah Tinggi Syariah boleh membuat apa-apa perintah yang dirasakan perlu untuk penangkapan, penjagaan atau pelepasan atas jaminan mana-mana pihak dalam rayuan; dan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mengemukakan rekod prosiding Mahkamah Tinggi Syariah kepada Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah yang akan menentukan dan memberi notis kepada pihak-pihak kepada rayuan mengenai masa dan tempat untuk mendengar persoalan itu.

(4) Jika kebenaran telah diberikan oleh Mahkamah Rayuan Syariah, ia hendaklah mendengar dan menentukan persoalan yang dibenarkan dirujuk untuk penentuannya dan membuat apa-apa perintah yang Mahkamah Tinggi Syariah mungkin melakukan yang didapati adil untuk menyelesaikan rayuan tersebut.

(5) Bagi tujuan seksyen ini tetapi tanpa menyentuh keluasan peruntukannya -







Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.