ENAKMEN 9 TAHUN 1980
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1979

BAHAGIAN II - AM



Sekyen 8. Peguam.

(1) Majlis boleh, menurut budibicaranya membenarkan mana-mana orang atau peguam berdaftar di bawah Akta Profesyen Undang-undang 1978, dan yang berpengetahuan dalam hal-hal Undang-undang Islam untuk mewakili mana-mana pihak dalam sesuatu perbicaraan Mahkamah.

(2) Tertakluk kepada seksyen kecil (1) seorang yang dibenarkan mewakili mana-mana pihak boleh, setelah menjelaskan semua bayaran yang ditetapkan oleh Majlis didaftar sebagai seorang peguam Mahkamah.

(3) Mana-mana orang atau peguam yang mewakili mana-mana pihak di dalam perbicaraan Mahkamah boleh dihalang daripada mewakili mana-mana pihak itu seterusnya jika Mahkamah berpendapat bahawa ia tidak lagi layak mewakili pihak itu.

(4) Dalam hal seksyen kecil (3) di atas Majlis bolehlah menarik balik berdasarkan pendapat Mahkamah itu kebenaran yang diberi mengikut seksyen kecil (1) dan segala bayaran yang telah dibayar oleh mana-mana orang atau peguam itu hendaklah disifatkan sebagai dilucuthak.

(5) Majlis boleh, dari semasa ke semasa membuat peraturan mengatur, mengawal dan menyelia perjalanan mana-mana orang atau peguam yang dibenarkan mewakili mana-mana pihak di perbicaraan di hadapannya dan mengenakan fee mengenainya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.