ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN III - PERKAHWINAN DAN PENDAFTARAN



Seksyen 26. Pendaftaran sukarela perkahwinan yang diakad-nikahkan dahulunya di bawah mana-mana undang-undang.


(1) Walau apa jua peruntukan seksyen 7 dan seksyen 24 daripada Enakmen ini pihak-pihak kepada sesuatu perkahwinan mengikut Hukum Syarak yang diakadnikahkan di bawah mana-mana undang-undang sebelum tarikh Enakmen ini berkuatkuasa boleh, jika perkahwinan itu belum didaftarkan, memohon pada bila-bila masa kepada Pendaftar dalam borang yang ditetapkan untuk didaftarkan perkahwinan itu.

(2) Pendaftar boleh menghendaki pihak-pihak kepada perkahwinan itu hadir di hadapannya dan mengemukakan apa-apa keterangan yang dikehendakinya mengenai perkahwinan itu, sama ada secara lisan atau dokumen, dan memberi apa-apa butir lain sebagaimana yang dikehendakinya olehnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.