ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDUAAN
BAB XV - DARIHAL PENGGANTUNGAN, PENGURANGAN DAN PERINGANAN HUKUMAN-HUKUMAN



Seksyen 135. Kuasa untuk menggantungkan atau mengurangkan hukuman-hukuman.


(1) Apabila mana-mana orang telah dihukum dengan hukuman bagi satu kesalahan Kebawah Duli Yang Maha Al-Sultan (bertindak mengikut peruntukan-peruntukan Perkara XXVIIA Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan dan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan) bolehlah pada bila-bila masa, tanpa syarat, atau dengan apa-apa jua syarat yang telah diterima oleh seseorang yang telah dihukum, menggantungkan perlaksanaan hukumannya atau mengurangkan keseluruhan atau mana-mana bahagian dari hukuman yang dia telah dihukum.

(2) Bila mana satu permohonan dibuat kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan bagi penggantungan atau penggurangan dari satu hukuman Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan bolehlah meminta Qadhi Besar atau Qadhi yang membuat sabitan supaya menyatakan pendapatnya sama ada permohonan itu hendak dibenarkan atau ditolak dan Qadhi Besar atau Qadhi berkenaan hendaklah menyatakan pendapatnya.

(3) Jika mana-mana syarat atas mana-mana satu hukuman telah digantungkan atau dikurangkan telah, pada pendapat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan bolehlah membatalkan penggantungan atau penggurangan itu; maka orang yang hukumannya telah digantungkan atau dikurangkan bolehlah, jika dia telah dibebaskan, ditangkap oleh mana-mana pegawai polis atau Penyelia Ugama tanpa waran dan ditahan di penjara oleh seorang Qadhi untuk menjalani bahagian hukuman yang belum selesai.

(4) Tiada apa-apa yang terkandung di dalam seksyen ini boleh mengganggu hak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan untuk memberikan keampunan, penangguhan atau pengurangan hukuman.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.