ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN XII - ACARA AM



Seksyen 242. Penangguhan.


Mahkamah dengan sebab-sebab yang cukup boleh menangguhkan mana-mana pembicaraan dari masa ke semasa dan dari satu tempat ke satu tempat. Kecuali apa yang disebutkan sebelum dari ini, pembicaraan-pembicaraan dalam Mahkamah Kadi hendaklah diadakan dalam rumah Mahkamah bagi Mahkamah itu, dan pembicaraan-pembicaraan dalam Mahkamah Kadi Besar hendaklah diadakan dalam rumah Mahkamah bagi Mahkamah itu atau dalam rumah Mahkamah bagi mana-mana Mahkamah Kadi.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.