ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN VIII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 174. Enggan memberi penyata atau taksiran pendapatan.

Barangsiapa yang dikehendaki memberi penyata atau taksiran pendapatan mengikut peruntukan Enakmen ini atau kaedah-kaedah yang diperbuat di bawahnya dari semasa ke semasa di dalam tempoh yang ditentukan dengan sengaja atau cuba mengelakkan diri daripada berbuat demikian tanpa sebab-sebab yang menasabah atau memberi penyata atau taksiran yang salah adalah melakukan kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara selama tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.