ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004
BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
Seksyen 7.Orang yang boleh mengakadnikahkan perkahwinan
(1) Sesuatu perkahwinan di Negeri Perak Darul Ridzuan hendaklah dilaksanakan mengikut peruntukan Enakmen ini dan diakadnikahkan mengikut Hukum Syarak oleh-
(a) wali di hadapan Pendaftar;
(b) wakil wali di hadapan dan dengan kebenaran Pendaftar;
(c) Pendaftar sebagai wakil wali; atau
(d) waki Hakim.
(2) Jika sesuatu perkahwinan itu melibatkan seorang perempuan yang tiada mempunyai wali dari nasab, mengikut Hukum Syarak, perkahwinan itu hendaklah diakadnikahkan hanya oleh wali Hakim.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.