ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVII
Darihal Rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah



Seksyen 156. Penghantaran rekod ke Mahkamah Rayuan Syariah.

(1) Apabila pihak merayu telah memenuhi peruntukan seksyen 152 dan 154, Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah dengan segera menghantar kepada Mahkamah Rayuan Syariah dalam empat salinan rekod prosiding kes itu, berserta dengan salinan notis dan petisyen rayuan.

(2) Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah juga menyampaikan kepada responden atau Peguam Syarienya satu salinan rekod prosiding kes tersebut beserta satu salinan notis dan petisyen rayuan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.