ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN



Seksyen 12. Perkahwinan seseorang perempuan.

(1) Tiada perempuan boleh, dalam masa perkahwinannya dengan seorang lelaki berterusan, berkahwin dengan seseorang lelaki lain.

(2) Jika perempuan itu adalah seorang janda-

(3) Jika perempuan itu mendakwa telah bercerai sebelum dia telah disetubuhi oleh suaminya dalam perkahwinan itu, maka dia tidak boleh, dalam masa 'iddah perceraian biasa, berkahwin dengan seseorang yang lain daripada suaminya yang dahulu itu, kecuali dengan kebenaran Hakim Syarie yang mempunyai bidang kuasa di tempat pengantin perempuan itu bermastautin.

(4) Jika perempuan itu adalah seorang balu-

(5) Jika seseorang perempuan telah dihukum cerai atau fasakh oleh Mahkamah dan perkara itu telah dibawa ke Mahkamah Rayuan Syariah, maka dia tidak boleh berkahwin dengan mana-mana lelaki lain sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan Syariah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.