ENAKMEN 6 TAHUN 2001
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001

BAHAGAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 3 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 101. Mahkamah akan memutuskan bila soalan hendak ditanya dan bila saksi boleh dipaksa menjawab.

(1) Jika apa-apa soalan adalah berhubungan dengan sesuatu perkara yang tak releven dengan guaman atau prosiding itu, kecuali setakat yang soalan itu menyentuh kebolehpercayaan saksi itu dengan mencela wataknya, maka Mahkamah hendaklah memutuskan sama ada saksi itu boleh dipaksa menjawab soalan itu atau tidak, dan Mahkamah boleh, jika difikirkannya bahawa saksi itu tidak patut dipaksa menjawab soalan itu, mengingatkan saksi itu bahawa dia tidak terpaksa menjawabnya.

(2) Pada menjalankan budi bicaranya, Mahkamah hendaklah mengambil perhatian akan perkara yang berikut:






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.