ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG



Seksyen 26. Rahsia.

Prosiding Majlis hendaklah dirahsiakan dan tiada seorang pun ahli atau penjawatnya boleh mendedahkan atau membukakan kepada sesiapa, selain dari Yang di-Pertuan Agong dan mana-mana ahli Majlis, sesuatu perkara yang telah berbangkit dalam mana-mana mesyuarat kecuali dia dibenarkan dengan nyata berbuat demikian oleh Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.