ORDINAN 45 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA JENAYAH SYARIAH, 2001

BAHAGIAN V - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB 2 - DARIHAL ADUAN KEPADA HAKIM



Seksyen 76. Menolak aduan.

(1) Hakim yang di hadapannya suatu aduan dibuat boleh menolak aduan itu jika, selepas memeriksa pengadu itu dan merekodkan pemeriksaannya dan menimbangkan hasil siasatan, jika ada, yang dibuat di bawah seksyen 75, pada pendapatnya tiada alasan yang mencukupi untuk meneruskan tindakan.

(2) Hakim yang menolak aduan itu hendaklah merekodkan sebab dia berbuat demikian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.