ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

BAHAGIAN III - MUFTI DAN JAWATANKUASA SYARIAH



Seksyen 38. Pindaan, ubahsuaian atau pembatalan fatwa.

(1) Mufti dengan persetujuan Jawatankuasa Syariah boleh meminda, mengubahsuaikan atau membatalkan mana-mana fatwa yang telah dikeluarkan sebelum itu olehnya atau oleh mana-mana Mufti terdahulu darinya.

(2) Sesuatu pindaan, ubahsuaian atau pembatalan ke atas sesuatu fatwa hendaklah dianggap menjadi fatwa dan peruntukan-peruntukan subseksyen-subseksyen (3) dan (4) seksyen 36 dan subseksyen (2) seksyen 37 hendaklah terpakai baginya.

(3) Pindaan, ubahsuaian atau pembatalan sesuatu fatwa hendaklah menyebut bahawa ia dibuat menurut subseksyen (1).





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.